Make your own free website on Tripod.com
 
 
KATA ALUAN PENGETUA

Saya mengambil kesempatan untuk melahirkan perasaan kesyukuran dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang telah berusa untuk mewujudkan Laman Web bagi semua sekolah di negeri Melaka. Ini adalah satu usaha yang murni dan seharusnya diberi pujian ke arah membimbing sekolah dalam bidang IT. Sejajar dengan perkembangan dunia yang penuh dengan ledakan maklumat.

Saya penuh yakin dengan usaha ini akan membantu kami untuk mengetahui maklumat dari sekolah-sekolah lain dalam berbagai aspek. Terutama sekali bagi meningkatkan mutu profesyen perguruan secara menimba idea dari program dan aktiviti pembangunan sekolah.

Oleh itu sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih pada semua yang terlibat. Ini adalah merupakan langkah awal bagi kami menghadapi abad ke 21 yang penuh cabaran.

 
Sekian. Terima kasih.

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba,
Masjid Tanah, Melaka.

 
Ke Muka Utama