Make your own free website on Tripod.com
BENDERA SEKOLAH

Bendera sekolah telah dicipta oleh En.Md.Yaman bin Jais, seorang guru SMKGB ketika itu. Bendera ini dicipta pada tahun 1978. Di sebelah kiri bendera terdapat gabungan huruf S,G dan B bagi menunjukkan singkatan nama Sekolah Ghafar Baba. Bentuk gabungan huruf-huruf sebegini rupa adalah supaya bendera itu nampak cantik dan menarik. Jika bendera ini dilihat dari hadapan boleh dibaca logo itu pada perkataan SGB. Jika dilihat dari belakang bendera kelihatan seperti corak yang harmonis.

 
Ke Muka Utama