Make your own free website on Tripod.com
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba terletak dalam Mukim Masjid Tanah dan Sungai Baru Ulu dengan keluasan tanah seluas 13.5 ekar. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Pada peringkat awal penubuhannya, ia menumpang di Sekolah Rendah Inggeris Masjid Tanah, Melaka ( sekarang dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Tamby Chik Karim ). Pada ketika itu bilangan muridnya ialah seramai 116 orang. Gurunya terdiri daripada 4 orang, 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Sementara pengetuanya pada ketika itu ialah Encik Hashim bin Mohamad dan Ketua Pengawas (ketua pelajar) ialah Ab. Aziz bin Hj Bidin.

 Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif masyarakat setempat dan diasaskan pada bulan Januari 1962. Ketua masyarakat yang bertanggungjawab mempelopori dan mengasaskannya ialah Datuk Tamby Chik bin Karim. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang pertama.

 Perletakan batu asasnya telah dilakukan pada 24 September 1962 oleh Y.A.B. Encik Abdul Ghafar bin Baba, Ketua Menteri Melaka. Sementara perasmiannya dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Tun Hj. Abdul Malik bin Yusuf, Gabenor Negeri Melaka pada hari Khamis 19 Mac 1964.

 Pada tahun 1967 sekolah ini telah ditukar namanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah menjadi Sekolah Ghafar Baba iaitu mengambil sempena nama Abdul Ghafar bin Baba seorang anak watan Melaka yang mula mengharumkan namanya dalan arena politik tanah air.

 
 
Ke Muka Utama